Pusat Kanak-Kanak Terencat Akal Bahagia (Happiness Centre) di Klebang Kecil,
yang mula di buka sejak tiga tahun lalu memberi peluang kepada golongan kurang bernasib baik mendapatkan perlindungan dengan selesa dan penuh kasih sayang. Pusat yang di asaskan Roy Collar bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa mendapatkan perhatian sewajarnya tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Beliau berkata buat masa ini, pusat itu didiami 30 kanak-kanak yang hanya berhadapan kes kritikal termasuk masalah otak, sindrom down terencat akal dan tahap kepintaran rendah.
Katanya, bagi kanak-kanak yang boleh berdikari dan bersekolah, mereka tidak akan diterima kerana pusat berkenaan memberi peluang kepada mereka yang kritikal.Beliau berkata, kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 tahun 39 tahun membabitkan Cina (15) Melayu (10) dan India (5) itu diberikan penuh perhatian dari segi perjagaan ,pakaian,makanan, perubaatan dan sebagainya.
Pusat berkenaan diselia dengan bantuan rakan kongsinya Nancy Miranda, dan 10 kaki tangan. Katanya, idea membuat kerja amal seperti itu sudah dimulakannya sejak berumur 12 tahun selepas terbabit dalam membantu golongan tua dan tidak boleh berdikari di kawasan kampong.
“Pada masa itu, saya orang susah dan dengan membantu golongan itu, saya akan mendapat makanan secara percuma. “ Jesteru, sebagai orang miskin dan pernah menjalani kehidupan yang susah, hasrat untuk membantu golongan kurang bernasib baik sememangnya sudah menjadi impian sejak dahulu lagi.